Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Pengenalan

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) merupakan salah satu daripada jabatan akademik yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Mula beroperasi pada tahun 2003 yang pada asalnya dikenali sebagai Politeknik Kulim, jabatan ini menawarkan kursus-kursus yang berteraskan elektrik dan elektronik di peringkat sijil dan diploma. Seramai 124 orang pelajar dengan 22 kakitangan akademik sebagai pelopor jabatan ini pada sesi pertama 2003.

Kini, JKE terus mengorak langkah dalam menawarkan pendidikan dan perkhidmatan berkualiti yang efisien dan profesional menerusi bidang ilmu yang luas berteraskan elektrik dan elektronik bagi melahirkan graduan yang berpotensi, berketerampilan dan berdaya saing serta berkemahiran tinggi. Bagi mencapai hasil kerja yang membanggakan, JKE mempunyai tenaga pengajar yang profesional, berdedikasi dan berpengalaman serta mempunyai infrustruktur yang mencukupi, terdiri daripada bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel dan makmal yang lengkap dan selesa sebagai prasarana untuk memastikan pelajar berupaya mencapai kecemerlangan akademik.

Objektif

  • Memberi pendidikan dalam bidang kejuruteraan elektronik, elektronik komputer dan elektrik mengikut kurikulum yang terancang, seimbang dari aspek teori, praktikal dan rohani
  • Menghasilkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik yang mahir serta berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab bagi memenuhi sektor awam dan swasta selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Program-program yang ditawarkan

Bermula sesi pengajian Julai 2009, pengambilan pelajar-pelajar sijil telah dihentikan selaras dengan agenda transformasi politeknik ke arah menjadikan politeknik sebagai salah satu institusi pengajian tinggi ternama dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, maka penstrukturan semula program telah digubal. Program-program terkini yang ditawarkan oleh JKE adalah :

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE)

Kemudahan - kemudahan JKE.


LAMAN WEB RASMI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
jke