Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

Pengenalan

Jabatan Matematik dan Sains Komputer (JMSK) merupakan salah satu jabatan akademik sokongan yang menawarkan modul-modul teras seperti Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik, Aplikasi Komputer dan Pengaturcaraan Komputer. Jabatan ini bertindak sebagai penyokong kepada jabatan-jabatan induk lain yang ada di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. JMSK terbahagi kepada tiga unit penting iaitu Unit Matematik Kejuruteraan, Unit Sains Juruteknik dan Unit Komputer.

Objektif

  • Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran di Politeknik
  • Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan
  • Memberi pendedahan tentang sains untuk juruteknik yang menjurus kepada penggunaannya dalam bidang kejuruteraan
  • Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara

Kursus-kursus yang ditawarkan

  • Matematik Kejuruteraan
  • Aplikasi Komputer
  • Pengaturcaraan Komputer
  • Sains Juruteknik


LAMAN WEB RASMI JABATAN MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER
jmsk