Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Jabatan Pengajian Am

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan akademik induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. JPA mempunyai misi yang oenting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan juga Bahasa Inggeris. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris.

Jabatan yang mempunyai misi yang penting ini disasarkan melahirkan warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah serta bakal tenaga kerja separa profesional yang berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalu proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak. Ia juga bakal merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dalam mencapai wawasan yang diidamkan. Bagi aplikasi globalisasi, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang bakal melariskan mereka di pasaran kerja kelak. Ia bakal menaikkan imej Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan para graduasi ke peringkat yang lebih baik.

Objektif

  • Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , berketerampilan dan berakhlak mulia serta berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal dan dalam penulisan
  • Memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi profesional
  • Meningkatkan kompetensi berkomunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris Teknikal dan Perdagangan dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kementerian Pengajian Malaysia

Kursus-kursus yang ditawarkan

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • English For Technical Purposes
  • English For Commercial Purposes


LAMAN WEB RASMI JABATAN PENGAJIAN AM
jpa