Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Unit Pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko

Unit Pengurusan Strategik, Prestasi dan Risiko (UPSPR) PTSB ditubuhkan dengan rasminya pada 15 Jun 2017 bertujuan untuk mengurus dan memantau hal-hal berkaitan dengan perancangan strategik, pencapaian prestasi dari segi pelaksanaan dan pencapaian petunjuk prestasi (KPI) yang ditetapkan dan juga pengurusan risiko politeknik.
 
UPSPR diurus oleh empat (4) orang pensyarah, yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal UPSPR, disamping melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.
 

Objektif UPSPR

Secara umumnya, objektif UPSPR adalah untuk mengurus, menyelaras, memantau dan melapor hal-hal berkaitan dengan pengurusan strategik, pengurusan prestasi dan pengurusan risiko di PTSB.

Secara khusus, objektif UPSPR adalah :

Pengurusan Strategik

  • Merancang aktiviti pengurusan strategik politeknik.
  • Menyedia Pelan Strategik Politeknik.
  • Menyebar maklumat berkaitan pelan strategik politeknik.
  • Memantau pelaksanaan strategi dan inisiatif pelan strategik oleh jabatan/pusat dan unit.
  • Menyedia pelaporan pelaksanaan pelan strategik politeknik.
  • Menganjur aktiviti berkaitan pengurusan strategik.
  • Melaksana penambahbaikan berterusan berkaitan pengurusan strategik

Pengurusan Prestasi

  • Merancang aktiviti pengurusan prestasi politeknik.
  • Menyedia petunjuk prestasi politeknik mengikut sistem pengukuran prestasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
  • Menyebar maklumat berkaitan petunjuk prestasi kepada semua pihak yang berkepentingan.
  • Menganjur aktiviti berkaitan pengurusan prestasi.
  • Memantau pencapaian jabatan/pusat/unit bagi setiap petunjuk prestasi politeknik.
  • Menyelaras dan pengemaskinian data dan maklumat berkaitan pengurusan prestasi.
  • Menyedia laporan pencapaian prestasi politeknik.
  • Melaksana penambahbaikan berterusan berkaitan pengurusan prestasi politeknik.

Pengurusan Risiko

  • Merancang aktiviti pengurusan risiko politeknik.
  • Menyedia skop, struktur, proses dan tindakan yang melibatkan pengurusan risiko di politeknik.
  • Menyebar maklumat berkaitan pengurusan risiko kepada semua pihak yang berkepentingan.
  • Menganjur aktiviti berkaitan pengurusan risiko.
  • Memantau pelaksanaan pengurusan risiko di peringkat jabatan/pusat/unit.
  • Menyedia laporan berhubung pengurusan risiko.
  • Menyelaras penyediaan dan pengemaskinian data dan maklumat pengurusan risiko.
  • Melaksana penambahbaikan berterusan berkaitan pengurusan risiko politeknik.