Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Unit Penilaian dan Peperiksaan

Pengenalan

Unit Peperiksaan adalah salah satu unit sokongan yang terdapat di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Unit ini diwujudkan serentak dengan penubuhan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan kampus sementara di Politeknik Seberang Perai ( PSP ). Operasinya mula dipindahkan ke kampus tetap pada 3 Mac 2003 dengan pengambilan pelajar bagi Sesi Jun 2003 seramai 498 orang. Secara umumnya Unit Peperiksaan bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester dan keputusan peperiksaan.

Unit ini terdiri daripada Ketua Unit yang bertindak menyelaras dan memudah cara dalam pengurusan berkaitan proses penilaian dan peperiksaan. Ketua Unit dibantu oleh dua orang Pegawai Peperiksaan iaitu bahagian rekod, data dan persijilan dan bahagian Pengurusan, Penilaian dan Bank Soalan. Selain itu, terdapat dua orang pembantu tadbir dan seorang pembantu am pejabat.

Unit Peperiksaan juga dibantu oleh 6 orang Penyelaras Peperiksaan Jabatan ( PPJ ) yang telah dilantik oleh setiap jabatan iaitu  terdiri dari pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Setiap jabatan mempunyai ahli jawatankuasa masing-masing dalam menjayakan dan menguruskan kerja-kerja seperti urusan bank soalan, mengemaskini data-data pelajar dan urusan berkaitan sebelum dan selepas peperiksaan dijalankan. 

Maklumat Umum

Secara umumnya Unit Peperiksaan bertanggungjawab menyelaras dan mengendalikan segala aktiviti  berkaitan peperiksaan akhir dan persijilan. Unit ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua jabatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk jabatan masing - masing. Selain itu, Unit Peperiksaan juga bertindak sebagai penganjur bersama dalam penganjuran bengkel-bengkel yang melibatkan urusan peperiksaan seperti Bengkel Penilaian dan Pemurnian yang diadakan setiap semester dalam menjana soalan-soalan peperiksaan yang berkualiti tinggi dan diguna pakai untuk Peperiksaan Akhir Politeknik KPT. Di dalam unit ini terdapat bilik-bilik yang menempatkan pejabat Pegawai Peperiksaan, Bilik Penyelaras Peperiksaan Jabatan, Bilik Komputer, Bilik Kebal, Bilik Simpanan Bahan/Peralatan Peperiksaan dan  Bilik Cetak . 

Fungsi / Peranan

Antara tugas utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah:

  • Proses penggubalan soalan dan melaksanakan bengkel pemasangan dan pemurnian soalan
  • Pemilihan dan penyediaan soalan peperiksaan akhir semester
  • Memantau perjalanan peperiksaan akhir semester
  • Menyediakan Jadual Peperiksaan Akhir dan Jadual Pengawasan Peperiksan Akhir
  • Memproses dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan keputusan peperiksaan akhir seperti Slip Keputusan, Surat Pelajar
  • Mengulang Modul, Mengulang Semester, Gagal Berhenti, data kajian keputusan peperiksaan, Laporan Lembaga, Senarai Graduan dll
  • Menyediakan sijil/diploma para graduan dan urusan berkaitan persijilan
  • Menyediakan transkrip keputusan peperiksaan