Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Pusat Dakwah Dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari

Pengenalan

Pusat Dakwah Dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah bertanggung jawab di dalam urusan hal ehwal Islam seperti pengurusan Pusat Dakwah Dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari, penganjuran aktiviti-aktiviti kebesaran Islam dan aktiviti-aktiviti kerohanian bagi warga kampus dan masyarakat sekitar. Kini, Pusat Dakwah Dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari giat mengatur pelbagai aktiviti dan program keislaman di peringkat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan komuniti sekitar bagi mempertingkatkan kefahaman, penghayatan Islam dan ketaqwaan. Pusat Dakwah Dan Tarbiyah Islamiah Al-Jazari juga berusaha menjalinkan hubungan dengan pelbagai agensi dan badan-badan bukan kerajaan ( NGO ) Islam yang ada seperti Majlis Agama Islam Kedah ( MAIK ), Pejabat Agama Daerah Kulim, Maahad Tahfiz Ibnu Sina dan institusi-institusi pengajian sekitar Kulim dalam usaha membangunkan modal insan negara.

Fungsi / Peranan

  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran
  • Menguruskan hal ehwal kewangan
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan diri siswa dan siswi serta staf PTSB
  • Merancang dan melaksanakan majlis sambutan hari kebesaran Islam
  • Menyelia dan memantau aktiviti Rakan Pusat Dakwah Dan Tarbiyah Islamiyah Al-Jazari
  • Merancang dan melaksanakan program pengimarahan Pusat Islam dan masyarakat luar