Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Pusat Pengurusan Pemasaran Dan Keusahawanan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (CMEM)

CMEM PTSB ditubuhkan pada Ogos tahun 2014.  Fokusnya adalah berkaitan dengan aspek pengurusan bagi dua unit utamanya iaitu Unit Pemasaran dan Unit Keusahawanan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ( PTSB ).

Pengenalan Unit Pemasaran

Objektif Unit Pemasaran adalah untuk menghebahkan bahawa PTSB adalah sebuah institusi yang memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan serta bersedia menjadi perunding kepada pihak agensi luar dan komuniti yang memerlukannya.

Fungsi / Peranan Unit Pemasaran

Kunci dimensi di atas dapat direalisasikan melalui kaedah di bawah:

  • Menguruskan hal ehwal konsultansi dengan agensi luar yang berminat dengan produk dan kepakaran di PTSB
  • Menghebahkan produk dan kepakaran yang terdapat di PTSB dengan bantuan ICT
  • Melaksanakan jaringan kolaborasi dengan pihak komuniti/industri di peringkat tempatan dan antarabangsa
  • Merancang & melaksanakan program latihan/lawatan bagi pembangunan profesionalisme
  • Merancang, menyelaras & menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi
  • Menyediakan belanjawan mengurus untuk aktiviti yang akan dijalankan
  • Menerbitkan bahan-bahan bercetak seperti prospektus, brosur, dan bahan lain yang berkaitan dengan produk PTSB

Pengenalan Unit Keusahawanan

Unit Keusahawanan bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Ia telah diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Malaysia. Untuk merealisasikan misi dan visi Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah menubuhkan Unit Keusahawanan pada yang mana objektif utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Program yang diatur oleh Unit Keusahawanan ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada para pelajar supaya lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan di kalangan graduan politeknik. Oleh itu, dengan wujudnya unit ini ia dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Fungsi / Peranan Unit Keusahawanan

Pengurusan unit ini adalah seperti di bawah:

  • Mendidik dan mendedahkan pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan keusahawanan
  • Menguruskan aktiviti-aktiviti keusahawanan
  • Melaksanakan kolaborasi dengan pihak komuniti/industri di peringkat tempatan dan antarabangsa
  • Merancang dan melaksanakan program latihan/lawatan bagi pembangunan profesionalisme
  • Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi
  • Menyediakan belanjawan mengurus untuk aktiviti yang akan dijalankan
  • Menerbitkan laporan-laporan yang dikehendaki oleh pihak-pihak yang berkepentingan
  • Mempromosikan produk usahawan dengan bantuan ICT

organization-chart-icon-41152 Carta Organisasi Pusat Pengurusan Pemasaran Dan Keusahawanan

support-icons-fb Laman Facebook Rasmi Pusat Pengurusan Pemasaran Dan Keusahawanan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (CMEM)