Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Unit Keusahawanan

Pengenalan

Unit Keusahawanan bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Ia telah diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Malaysia. Untuk merealisasikan misi dan visi Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah menubuhkan Unit Keusahawanan pada yang mana objektif utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Program yang diatur oleh Unit Keusahawanan ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada para pelajar supaya lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan di dikalangan graduan politeknik. Oleh itu, dengan wujudnya unit ini, ia dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Fungsi / Peranan

Unit Keusahawanan memainkan peranan untuk mendidik serta mendedahkan pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan keusahawanan. Melalui aktiviti yang dirancang, ianya mampu menarik minat pelajar untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan serta mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda khususnya di kalangan graduan politeknik.

Antara aktiviti Unit Keusahawanan adalah :
1. Kursus Asas Keusahawanan
2. Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan & Idea Perniagaan
3. Lawatan Perniagaan
4. Kem Jati diri Keusahawanan
5. Bengkel Pembangunan Usahawan
6. Bengkel Kemahiran keusahawanan
7. Dialog Bersama Usahawan Berjaya