Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan unit yang memainkan peranan penting dalam mentadbir serta mengemaskini sistem data dan rangkaian komputer di seluruh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat dan sentiasa berubah, unit ini sentiasa berusaha untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah, cepat dan tepat berbantukan fasiliti ICT yang terkini. Unit ini mempunyai seramai 12 orang staf yang terdiri daripada 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat, 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan 7 orang Juruteknik Komputer yang berpengalaman.

Fungsi / Peranan

  • Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan komputer dan perkakasan serta sistem aplikasi di PTSB
  • Merancang dan melaksanakan perolehan alat ganti, aset dan fasiliti ICT di PTSB
  • Membangun, mentadbir serta mengemaskini laman web rasmi PTSB
  • Mengurus pentadbiran server serta rangkaian kampus
  • Mengurus penerimaan dan pengimplimentasian sistem baru
  • Merancang dan menguruskan perlaksanaan latihan ICT kepada staf PTSB

Carta Organisasi Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi