Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Program pengajian yang ditawarkan

Berikut adalah program-program pengajian sepenuh masa yang ditawarkan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah:

  • DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)
  • DIPLOMA UKUR TANAH (DUT)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DET)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) (DTK)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI (DEP)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DKM)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) (DTP)
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK (DEM)
  • DIPLOMA AKAUNTANSI (DAT)
  • DIPLOMA PEMASARAN (DPR)
  • DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN ( DPP )

  • D04 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)

    Sinopsis:

    Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek kaji air, lebuh raya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam makmal. Pelajar juga perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Reka bentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Atur cara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan.

    Peluang Kerjaya:

    Peluang pekerjaan adalah luas di mana graduan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik.

 

  • D10 - DIPLOMA UKUR TANAH (DUT)

    Sinopsis:

    Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ukur tanah khususnya teknik-teknik pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan dan persembahan maklumat kedudukan dan bentuk topografi di bumi. Pelajar perlu menghadiri kuliah, tutorial dan melakukan praktikal di lapangan dan makmal. Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi kursus teras iaitu Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Fotogrametri, Geodesi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pelarasan Ukur, dan Undang-undang & Pembangunan Tanah di samping kursus elektif seperti Pembangunan Pangkalan Data GIS, Remote Sensing, Alam Sekitar, Statistik dan Asas Pengaturcaraan C++.

    Peluang Kerjaya:

    Peluangnya adalah luas, dapat ditempatkan di firma ukur, pembinaan swasta atau di jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Ukur.

 


 

  • D16 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DET)

    Sinopsis:

    Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengguna, menguji, menyenggara dan membaik pulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini merangkumi kursus Elektronik Kuasa, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik, Peralatan Elektronik, Kawalan Motor, Bekalan Kuasa Elektrik & Kawalan dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang Elektrik seperti Peralatan Elektronik, Senggara Kejuruteraan, Kawalan Motor A.T, Sistem Perlindungan, Bekalan Kuasa Industri, Kawalan Motor A.U dan Projek.

    Peluang Kerjaya:

    Pelajar berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik, industri petroleum dan gas serta industri perkhidmatan elektrik.

 

  • D20 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) (DTK)

    Sinopsis:

    Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji peranti elektrik dan elektronik bagi membaik pulih perkakasan komputer. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kurikulum program ini mengandungi kursus Sistem Digital, Pengukuran dan Peralatan Elektronik, Sistem Pemprosesan Mikro, Architecture Komputer & Penyenggaraan Komputer serta Kejuruteraan Perisian dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang Elektronik (Komputer) seperti Sistem Mikro Pemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komputer & Aplikasi, Pengaturcaraan, Komunikasi Data, Reka bentuk Litar Bersepadu, Diagnosis & Senggara Sistem Komputer dan Projek.

    Peluang Kerjaya:

    Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik dan perkhidmatan ICT.

 

  • D21  - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKASI (DEP)

    Sinopsis:

    Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini mengandungi kursus Asas Elektrik dan Elektronik, Pemasangan Elektrik, Sistem Digital, Litar Elektronik, Telekomunikasi, Pengalatan & Kawalan dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan kursus pengkhususan dalam bidang elektronik seperti Penyenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Audio Visual, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi, Sistem Kawalan Automatik, Komunikasi Data dan Projek.

    Peluang Kerjaya:

    Graduan program ini berpeluang menjawat jawatan sebagai Pembantu Jurutera / Eksekutif Teknikal, Eksekutif Jualan, Jurutera Kawalselia, Eksekutif Pemasaran di bidang awam dan swasta, atau bekerja sendiri.


  • D30 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DKM)

    Sinopsis:

    Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Pelajar akan mengikuti kursus pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Loji, Reka bentuk Kejuruteraan, Amalan Bengkel Mekanikal, Teknologi Woksyop, Kaji Daya Bahan, Termodinamik, Kaji Daya Mesin, kursus-kursus teras dan beberapa kursus elektif.

    Peluang Kerjaya:

    Peluang pekerjaan adalah luas dan graduan berpeluang menceburi kerjaya sebagai Pembantu Teknik (mekanikal) di sektor awam dan swasta.

 

  • D33 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PEMBUATAN) (DTP)

    Sinopsis:

    Program ini mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik dalam industri proses pembuatan serta penggunaan mesin moden dalam pembuatan. Program ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan pengkhususan dalam bidang pembuatan. Kursus pengkhususan adalah Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Reka bentuk Pembuatan Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik, Ekonomi Pembuatan dan Kawalan Pembuatan di samping kursus teras dan beberapa kursus elektif.

    Peluang Kerjaya:

    Graduan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.

 

  • D41 - DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK (DEM)

    Sinopsis:

    Program ini merangkumi pelbagai disiplin meliputi prinsip dan teori kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Program ini memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Kursus pengkhususan adalah Peranti Mekatronik, Sistem Mikro Pemproses dan Pengawal Mikro, Pengawal Logik Boleh Atur cara (PLC), Automasi Perindustrian dan Robotik, Sistem Komputer dan Aplikasi dan Mekanisme Penghantar Kuasa di samping kursus teras dan beberapa kursus elektif.

    Peluang Kerjaya:

    Graduan dapat mencari pekerjaan di dalam pelbagai industri pembuatan terutama dalam industri elektronik dan separuh pengalir.

 


 

  • D50 - DIPLOMA AKAUNTANSI (DAT)

    Sinopsis:

    Program tiga tahun ini menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serta dapat berfungsi dengan cekap dan lancar menggunakan sistem manual dan komputer. Program ini mencakupi semua bidang perakaunan seperti kewangan, pengekosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Pelajar juga mempelajari bidang lain yang berkaitan seperti undang-undang syarikat, undang-undang perdagangan, pengurusan perniagaan dan ekonomi yang dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan bagi membolehkan mereka meningkat ke jawatan penyeliaan.

    Peluang Kerjaya:

    Kerjaya sebagai Penolong Akauntan dan Penolong Juruaudit di sektor awam atau swasta.

 

  • D53 - DIPLOMA PEMASARAN (DPR)

    Sinopsis:

    Program ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengiklanan, pengurusan jualan, promosi jualan, analisis pemasaran, membuat keputusan, perancangan dan pengawalan, peruncitan, penyelidikan pemasaran serta prosedur import dan eksport. Bagi menjamin kemahiran yang seimbang, bidang pengajian yang lain juga dibekalkan seperti perakaunan, ekonomi, undang-undang komersial, statistik dan komputer perniagaan.

    Peluang Kerjaya:

    Bidang kerjaya yang diceburi oleh graduan program ini ialah sebagai Penolong Pengurus Pemasaran, Penolong Juruaudit dan Perunding Pemasaran sama ada di sektor awam ataupun swasta.


  • D55 - DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

    Sinopsis:

    Program tiga tahun pengajian perniagaan dibentuk bagi menyediakan pelajar dengan pengetahuan perdagangan yang komprehensif. Tumpuan utama diberi kepada pelbagai bidang pengajian perniagaan seperti pemasaran, perakaunan, statistik, ekonomi, pengurusan perniagaan, undang-undang syarikat, percukaian dan matematik pengurusan.

    Peluang Kerjaya: 

    Graduan program ini berpeluang menjawat officer in business administration, government officer, human resource officer, investment officer, entrepreuneurs, customer service officer, business planner, management officer, markerting officer, business development officer, business researcher, operation officer di sektor awam dan swasta.