Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Sistem Pengajian

PENGENALAN

Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan sistem akademiknya berpandukan sistem semester. Sistem ini semester merupaka sistem yang meluas penggunaannya di pusat pengajian tinggi tempatan pada masa kini.

TAHUN AKADEMIK

Tahun Akademik di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dibahagikan kepada 2 semester iaitu:

  • Semester Januari
  • Semester Julai

PERANCANGAN KURSUS

Sistem semester merupakan satu sistem yang fleksibel. Pelajar boleh merancang jam kredit modul dan tempoh pengajian mengikut kemampuan masing-masing. Pelajar juga dibenarkan memilih kursus bagi menentukan arah tumpuan pengajian masing-masing dalam bidang yang diikuti.

HUBUNGAN ANTARA KURSUS DALAM SESUATU SEMESTER

Tiap-tiap kursus yang dipelajari dalam satu semester dianggap sebagai kursus yang berasingan. Pelajar dikehendaki lulus dalam kursus yang diambil. Sekiranya pelajar gagal dalam sesuatu kursus, hanya kursus tersebut yang perlu diambil semula. Kelulusan kursus lain tidak akan terjejas.

PENILAIAN BERTERUSAN

Dalam sistem semester, penilaian pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus dibuat secara berkala dan berterusan di sepanjang semester melalui kerja kursus seperti berikut:

  • Kuiz
  • Ujian
  • Amali
  • Tutorial
  • Tugasan-tugasan lain

Ini bermaksud penilaian pelajar bukan semata-mata bergantung pada peperiksaan akhir semester sahaja.

LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri (LI) merupakan sebahagian dari syarat kurikulum Politeknik KPT yang mesti dipenuhi oleh semua pelajar sebelum dianugerahkan diploma. LI bertujuan memberi pendedahan tentang suasana kerja yang sebenar serta  menghubungkaitkan kefahaman teori dan amali yang telah dipelajari.Tempoh LI ialah selama satu semester. Pelajar akan menjalani LI pada semester ke-4 pengajiannya.

Nota: Pelajar diploma lulusan Sijil Politeknik dan pelajar Program Bridging dikecualikan menjalani LI.

PENASIHAT AKADEMIK

Penasihat Akademik memainkan peranan penting dalam membantu pelajar merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka. Pelajar amat memerlukan khidmat nasihat daripada Penasihat Akademik yang menyeluruh di sepanjang pengajiannya. Penasihat Akademik akan sentiasa memantau pencapaian akademik setiap pelajar di bawah jagaannya.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian bagi program pengajian peringkat Diploma mengambil masa selama 6 semester atau minimum 3 tahun.

WAKTU KULIAH

Waktu kuliah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah adalah seperti berikut:

  • Hari: Ahad hingga Rabu sahaja
  • Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
  • Hari: Khamis sahaja
  • Masa: 8.00 pagi - 3.30 petang

YURAN PENGAJIAN

  • Yuran Pengajian sebanyak RM 200.00 setiap semester
  • Yuran KAMSIS / Asrama sebanyak RM 60.00 setiap semester

YURAN PENDAFTARAN (SEKALI SAHAJA)

RM 500.00 (Anggaran)