Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Pengintegrasian Aspek - Aspek Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Program Kemahiran Tinggi Selaras Dengan Keperluan Industri

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi program kemahiran tinggi selaras dengan keperluan majikan di sektor industri. Kemahiran generik merupakan kemahiran bolehguna yang dapat menyediakan para pelatih institusi kemahiran sebagai tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di tempat kerja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah temubual dan kaedah tinjauan menerusi soal-selidik. Sebagai kajian awal, temubual dijalankan dengan beberapa orang majikan di sektor industri sekitar Batu Pahat, bagi meninjau aspek-aspek kemahiran generik yang diperlukan untuk di jadikan sumber data bagi penghasilan instrumen kajian kedua iaitu soal selidik. Untuk itu, seramai 59 orang responden, terdiri daripada tenaga pengajar di ADTEC terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS 11.0 dan dikemukakan dalam bentuk taburan skor min dan nilai peratusan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengintegrasian aspek-aspek kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Namun demikian, masih terdapat beberapa aspek yang kurang memuaskan iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat keputusan, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran menguasai teknologi. Ini menunjukkan berlakunya ketidaksamarataan tahap pengintegrasian kemahiran generik di ADTEC Batu Pahat dengan keperluan majikan disektor industri Batu Pahat.

Oleh :

Pn. Hashamiza Binti Haruddin