Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Konsep Kendiri Di Kalangan Pelajar Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di KUiTTHO

ABSTRAK

Konsep kendiri merupakan tanggapan seseorang terhadap dirinya dan ia boleh bertindak sebagai komponen dalam pembentukan personaliti seseorang.  Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan di antara konsep kendiri dari aspek fizikal, psikologikal dan sosial dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu ia juga ingin mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan konsep kendiri dari aspek fizikal, psikologikal dan sosial di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.  Seramai 110 orang pelajar tahun dua yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) telah dipilih secara rawak sebagai sampel bagi kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan secara statistik di antara konsep kendiri dari aspek fizikal, psikologikal dan sosial dengan pencapaian akademik pelajar.  Terdapat juga perbezaan yang signifikan secara statistik bagi konsep kendiri dari aspek fizikal di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik bagi konsep kendiri dari aspek psikologikal dan sosial di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.  Oleh itu dapatan ini telah menyokong bahawa konsep kendiri boleh dijadikan elemen untuk meramal pencapaian akademik pelajar.

Oleh :

Pn. Noor Indon Binti Abdul Samad