Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Keberkesanan Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling Dalam Membantu Pelajar Yang Bermasalah Di Kalangan Pelajar PTSB

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling di PTSB berperanan sebagai tempat rujukan pelajar bermasalah di PTSB dan sejauh mana pelajar yang merujuk atau dirujuk menunjukkan prestasi yang baik sama ada dari segi akademik atau sahsiah diri. Subjek kajian adalah terdiri 381 orang yang terdiri daripada 126 orang pelajar Jabatan Kejruteraan Elektrik, 87 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, 88 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 79 orang pelajar Jabatan Perdagangan dan seorang Pegawai Kaunseling/Psikologi. Alat kajian yang digunakan adalah 1 set borang soal selidik yang mempunyai 4 bahagian iaitu; 1) biodata responden; 2) Pengetahuan responden tentang Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling; 3) Pengalaman responden terhadap masalah yang pernah dihadapi dan 4 ) Pengalaman responden semasa berurusan dengan Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling dan 1 set soalan temubual dengan pegawai kaunseling/psikologi.Keputusan kajian menunjukkan bahawa 57.9% pelajar tahu mengenai kemudahan ini di PTSB, 47.7% tahu dimana lokasi unit ini, 55% tahu bahawa mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat pada bila-bila masa mereka perlukan tetapi hanya 8.95% pelajar yang mendapatkan khidmat nasihat di UPPK dan mereka yang pernah mendapat khidmat ini berpuas hati dengan kelancaran dan persekitaran semasa sesi bimbingan dan kaunseling sebanyak 53%. 94.1% pelajar mengakui bahawa sesi bimbingan dan kaunseling yang dihadiri sedikit sebanyak telah memotivasikan diri mereka.Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi telah dikemukakan.

Oleh :

Pn. Nur Hasni Binti Marzuki
Pn. Norizan Binti Md Isa
Pn. Absah Binti Md Yusof