Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Penguasaan Bahasa Inggeris : Cabaran Modal Insan Separa Profesional

ABSTRAK

Penulisan ini mengulas berkenaan pencapaian Bahasa Inggeris bekas pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) keluaran tahun 2009. Data diperolehi dari kajian pengesanan graduan IPT 2009 ke atas graduan keluaran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Seramai 1328 responden yang bergraduat pada tahun 2009 terlibat dalam kajian tersebut. Analisis kajian berbentuk deskriptif dan dianalisis dengan menggunakan SPSS 16. Penulisan ini bertujuan mengupas tentang isu penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan mengetengahkan permasalahan tentang latarbelakang pencapaian Bahasa Inggeris pelajar yang memasuki politeknik. Turut diulas tentang pencapaian bahasa inggeris pelajar yang diperolehi dari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Malaysian University English Test (MUET).

Oleh :

Pn. Nurazaliza Mohamed Noordin
Pn. Zarina Syuhaida Shaarani