Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Kajian Ciri Kejuruteraan Pengikat Terubahsuai Lateks Dalam Turapan Jalan Raya

ABSTRAK

Keupayaan turapan jalan raya bergantung kepada reka bentuk, kerja pembinaan dan kualiti bahan. Pengikat konvensional adalah pengikat yang lazim digunakan dalam penghasilan turapan. Peningkatan lalu lintas memberikan cabaran dalam menghasilkan pengikat terubahsuai yang tahan lasak. Dalam kajian ini pengikat terubahsuai campuran lateks asli dihasilkan bagi menambah keanjalan dan kebolehkerjaan turapan. Bagi menentukan sifat pengikat terubahsuai lateks, Ujian Penusukan, Titik Melembut, dan DSR dijalankan. Ujian Kestabilan Marshall juga dijalankan untuk mencari kekuatan campuran asfalt terubahsuai. Semua pengujian makmal mengikut kaedah ASTM dan AASHTO dengan ujian terhadap pengikat konvensional sebagai data kawalan. Pengikat konvensional gred 80/100 dengan campuran peratusan lateks 2.5% dan 5.0% digunakan sepanjang kajian. Semua ujian yang dijalankan ke atas sampel pengikat terubahsuai menunjukkan peningkatan sebanyak 7% hingga 50%. Keputusan Kestabilan Marshall menunjukkan prestasi bahan memenuhi ketetapan piawaian JKR (2008). Penggunaan 2.5 % lateks menunjukkan peratusan yang lebih sesuai berbanding penggunaan 5.0%. Dari hasilan makmal, peratusan 2.5% lateks mempunyai ketahanlasakan yang baik di samping prestasi keanjalan yang mampu memanjangkan lagi jangka hayat turapan jalan raya. Keputusan kajian menunjukkan lateks berpotensi digunakan sebagai bahan tambah pengikat ke arah kelestarian bahan bitumen.

Oleh:

Roazilia Binti Suleiman
Ku Zaidatul Binti Ku Zinun
Hj. Che Norazman