Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

Apakah peranan PA dalam membantu pelajar sepanjang pengajiannya di politeknik?

PA sebagai personal yang berinteraksi secara langsung dengan pelajar. Oleh itu, peranan PA adalah :

a) Membantu pelajar memahami dan peka kepada Peraturan Sistem Semester, Peraturan Akademik Politeknik dan Peraturan Peperiksaan Politeknik.

b) Membantu dan menasihati pelajar dalam membuat pilihan kursus pada setiap awal semester.

c) Memantau perkembangan akademik semua pelajar di bawah seliaannya termasuk membimbing dan membantu dalam membuat perancangan beban akademik, memberi motivasi dan sebagainya.

d) Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar bermasalah seperti keputusan bersyarat (KS) yang melibatkan beban akademik, mengulang penilaian, motivasi dan sebagainya.

e) Memberi bantuan dan khidmat nasihat kepada pelajar dalam membina dan manyuburkan perkembangan sahsiah diri.

f) Mengesan dan mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan rundingcara khas seterusnya merujuk pelajar berkenaan kepada individu berkaitan seperti pensyarah yang mengajar dan kaunselor pelajar.

g) Merancang dan melaksanakan aktiviti bersesuaian yang melibatkan semua pelajar di bawah penasihatannya.