Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

AMANAT PENGARAH 2014

pengarah

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Selamat datang kepada semua pengunjung portal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Saya mewakili seluruh warga PTSB amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda ke portal PTSB.

Tahun 2013 dipenuhi dengan imbasan peristiwa dan warna-warni kehidupan warga PTSB melalui aktiviti dan pencapaian bagi memastikan visi, misi dan objektif yang ditetapkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. PTSB akan terus berusaha untuk memantapkan lagi kualiti perkhidmatan pendidikan yang mapan. Ini terbukti apabila PTSB berjaya melaksanakan sistem kualiti yang menepati ISO 9001:2008 dan seterusnya mengekalkan persijilan daripada SIRIM.

Selain daripada itu PTSB turut mendapat pengiktirafan akreditasi bagi beberapa program pengajian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Jawatankuasa Akreditasi PTSB komited dalam usaha menyediakan dokumen yang diperlukan bagi mematuhi keperluan Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) serta memastikan setiap program yang dilaksanakan mematuhi standard program yang ditetapkan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

PTSB amat berbangga mempunyai barisan warga kerja yang amat positif, proaktif dan berpandangan jauh. Sepanjang tahun 2013, PTSB telah berjaya merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian di atas usaha gigih gabungan kakitangan akademik dan sokongan akademik serta pelajar.

Di antara pencapaian terbaik PTSB adalah:

Pencapaian Pengurusan
1. Laporan Naziran eSPKB 2013 (Pengurusan Kewangan PTSB Pada Tahap Cemerlang)
2. Penarafan 5 Bintang di dalam Penilaian Portal / Laman Web Sektor Awam Malaysia 2013

Pencapaian Akademik
1. Pertandingan Rancangan Perniagaan di Karnival Keusahawanan Kebangsaan Politeknik Malaysia 2013 (Tempat ke-3)
2. Malaysian International Robot Competition 2013 (MIRoC) Paintball Robot – (Tempat Pertama Kategori Malaysian Technical & Skills Institution)
3. Malaysian International Robot Competition 2013 (MIRoC) Paintball Robot – (Pingat Emas bagi Best Poster Presentation Award)
4. ICOMPEX 2013 (Pemenang Pingat Perak Kelas II - Reka Bentuk Industri)
5. ICOMPEX 2013 (Pemenang Pingat Emas Kelas VII – Perkhidmatan dan Pemasaran Produk & Anugerah Khas Bagi Juara Keseluruhan Kelas VII)
6. The Biggest Entrepreneurship Race Kuala Lumpur 2013 (Tempat ke-2 Kategori Jualan Terbanyak)

Pencapaian Sukan & Kokurikulum
1. Pertandingan Debat Dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik KPT Sirkit 1/2013 (Pendebat Terbaik Muhammad Salahuddin bin Talib)
2. Kejohanan Liga Hoki Politeknik (Johan Kategori Wanita)
3. Kejohanan Olahraga MSP 2013 (2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak bagi acara Lempar Cakera)

Pelbagai aktiviti dan program sama ada peringkat politeknik mahupun kebangsaan yang melibatkan pelajar dan komuniti setempat telah dijalankan bagi mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan PTSB dengan komuniti. Program dan aktiviti luar yang dilaksanakan dapat membuka ruang agar masyarakat luar dapat lebih mengenali PTSB dan secara tidak lansung pelajar juga dapat memainkan peranan sebagai duta kecil politeknik kepada komuniti. Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang telah dilaksanakan turut mendapat maklum balas yang positif daripada komuniti setempat. Antara kursus-kursus di bawah PSH yang ditawarkan adalah Kursus Pendawaian, Kawalan Motor, Baikpulih Komputer, Programmable Logic Control (PLC), Autocad, Robotic Course, Architectural Structure, Pembangunan Rancangan Perniagaan, Kursus Penggunaan MS Office, serta banyak lagi.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudahcara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru portal ini telah direkabentuk sabagai salah satu medium utama untuk menyampaikan pengumuman, program & aktiviti, perkhidmatan serta maklumat umum mengenai PTSB. Adalah diharapkan laman ini dapat diakses semudah mungkin oleh semua lapisan masyarakat dan segala maklumat penting berkaitan PTSB boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Sebarang perkongsian maklumat, pandangan dan kritikan yang membina melalui laman ini adalah amat dihargai demi untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Akhir kata, tahniah dan ribuan terima kasih kepada seluruh warga PTSB, pihak industri, komuniti setempat serta pihak-pihak lain yang terlibat yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan seterusnya merealisasikan segala usaha yang direncanakan.

Semoga PTSB sentiasa memperolehi kejayaan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Mej. (K) Mohd Noor Bin Shahudin
Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah