Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

AMANAT PENGARAH 2017

pengarah

Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Selamat datang kepada semua pengunjung portal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Saya mewakili seluruh warga PTSB amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda ke portal PTSB.
Tahun 2016 dipenuhi dengan imbasan peristiwa dan warna-warni kehidupan warga PTSB melalui aktiviti dan pencapaian bagi memastikan visi, misi dan objektif yang ditetapkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin. PTSB amat berbangga mempunyai barisan warga kerja yang amat positif, proaktif dan berpandangan jauh. Sepanjang tahun 2013, PTSB telah berjaya merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian di atas usaha gigih gabungan kakitangan akademik dan sokongan akademik serta pelajar. Di antara pencapaian terbaik PTSB adalah:

BIL.

PERTANDINGAN / PROGRAM

TAHUN

PENCAPAIAN / ANUGERAH

1.

45th International  Exhibition Of Inventions Of Geneva 2017

2017

- Emas

- Thailand Award For Best International Invention

2.

Malaysia Technology Expo (MTE) 2017

2017

- 1 Emas & 1 Perak

- Taiwan International Invention Award Winner  

3.

Innovation Design Research International Symposium (IDRIS) 2017

2017

- Emas

4.

National Innovation & Invention  Competition Through Exhibition (ICompEx 2017)

2017

- 8 Emas, 8 Perak & 8 Gangsa

5.

SIRIM Invention Inovation & Technology Expo 2017 (SI2TE ’17)

2017

- 2 Perak & 1 Gangsa

6.

12th International Exhibition For Young Inventors (IEYI) 2016 Harbin, China

2016

- Emas

7.

Karnival Sukan Olahraga Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) 2017

2017

- Johan Keseluruhan

- 10 Emas, 2 Perak & 1 Gangsa

- Olahragawati (Teoh Kim Chyi)

- Pasukan Wanita Terbaik Keseluruhan

- Mencipta 5 rekod baharu (Acara 800 meter, 400 meter, 3000 meter, 1500 meter & 4 x 400 meter)

8.

Polytechnic Sports Excellence Award

2017

- Olahragawati Politeknik Malaysia 2016 (Teoh Kim Chyi)

9.

Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Yang Ke 89.

2017

- Penerima Anugerah Ahli Cemerlang Semangat

Jerai Kedah (A.S.K) Teoh Kim Chyi

10.

MTB Jamboree Balik  Pulau, Penang 2017

2017

- Johan (Muhammad Syahir Ashraf)

11.

King of Sprint Challenge 2017

2017

- Johan (Muhammad Syahir Ashraf)

12.

Under 20 - Asian Football Confederation (AFC) Championship 2017

2017

- Mewakili Malaysia (Fakhrul Islam bin Anizam)

13.

Ipoh International RUN 2017

2017

- Naib Johan 10 km (Teoh Kim Chyi)

14.

Public-Private Research Network (PPRN)

1. Inkubator Penetasan Telur Burung Puyuh (2017)

2. Inkubator Penetasan Telur Burung Walit (2016)

3. PTSB Go Greean Boat (2016)

2017

2016

2016

Geran PPRN

1. RM42, 000

2. RM45, 000

3. RM50, 000

Pelbagai aktiviti dan program sama ada peringkat politeknik mahupun kebangsaan yang melibatkan pelajar dan komuniti setempat telah dijalankan bagi mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan PTSB dengan komuniti. Program dan aktiviti luar yang dilaksanakan dapat membuka ruang agar masyarakat luar dapat lebih mengenali PTSB dan secara tidak lansung pelajar juga dapat memainkan peranan sebagai duta kecil politeknik kepada komuniti. Di antara program yang telah berjaya dijanlankan adalah:

BIL

PROGRAM

PERINGKAT

1.

Faculty Development Programme (Toyohashi University Of Japan)

Politeknik

2.

4th Malaysia Polytechnic Civil Defence Annual Camp (MalPCiDAC) 2017.

Kebangsaan

3.

International Collaboration Programme with Sangtham Suksa Pattani high School, Thailand

Politeknik

4.

Instilling Personality & Interpersonal Qualities Among Future Leaders (INSPIRE) 2017

Politeknik

5.

Chillax TN50, MyAgrosis & MyBestBuy 2017

Kebangsaan

6.

Keysight i-Cipta Challenge 2017

Politeknik

7.

Lawatan Kolaborasi Akademik Dan Penanda Aras Ke Politeknik Negeri Medan, Indonesia

Politeknik

 Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudahcara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru portal ini telah direkabentuk sabagai salah satu medium utama untuk menyampaikan pengumuman, program & aktiviti, perkhidmatan serta maklumat umum mengenai PTSB. Adalah diharapkan laman ini dapat diakses semudah mungkin oleh semua lapisan masyarakat dan segala maklumat penting berkaitan PTSB boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Sebarang perkongsian maklumat, pandangan dan kritikan yang membina melalui laman ini adalah amat dihargai demi untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

Akhir kata, tahniah dan ribuan terima kasih kepada seluruh warga PTSB, pihak industri, komuniti setempat serta pihak-pihak lain yang terlibat yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan seterusnya merealisasikan segala usaha yang direncanakan.

Semoga PTSB sentiasa memperolehi kejayaan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

 

MEJ. (K) MOHD NOOR BIN SHAHUDIN
Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah