Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

HARI PSIKOLOGI PTSB 2017

Hari Psikologi PTSB 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Februari 2017 (Selasa) yang lalu. Program yang berlangsung di kantin PTSB itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar dan staf PTSB. Program ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan mengenai manfaat psikologi, pengurusan emosi dan stress, personaliti manusia, penyakit mental dan proses-proses rawatan kepada warga PTSB sendiri. Turut menyertai program ini adalah pameran daripada agensi-agensi jemputan seperti Bahagian Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kulim, Bahagian Diet dan Pemakanan Hospital Kulim, Jabatan Pertahanan Awam Kulim, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Kolej Komuniti Sungai Petani (Kulinari dan Spa Kecantikan), Sutra Aroma Terapi, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kedah, Bahagian Optometri Hospital Kulim, Pejabat Tanah Kulim, Rumah Bakti Kulim (Urutan Refleksologi) dan beberapa gerai jualan barangan dan makanan ringan. Pelbagai aktiviti turut disediakan sepanjang program oleh Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya (UPPK) yang juga dibantu oleh Pembimbing Rakan Siswa (PRS) PTSB antaranya Dam Ular (meneroka emosi), kuiz berkenaan psikologi melalui roda Impian, set permainan uji minda, terapi seni, terapi pasir, lukisan batu, dart belon dan lain-lain lagi. Malah melalui program ini juga pengunjung diberi pendedahan akan tip-tip mengurangkan tekanan melalui pemakanan dan amalan gaya hidup sihat, terapi-terapi, kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesaikan masalah, pengurusan kewangan dan ujian-ujian psikologi.

hari psikologi PTSB 2017-edit