Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

RIDER PTSB MERANGKUL KEJAYAAN DI MTB JAMBOREE BALIK PULAU SIRI KE-4

Sabtu, 11 Mac 2017 – Kelab Berbasikal GTB bersama-sama Politeknik Balik Pulau sekali lagi telah berjaya menganjurkan MTB Jamboree Balik Pulau 2017 Siri ke-4 untuk peminat-peminat sukan berbasikal. Dengan bentuk muka bumi di kawasan Balik Pulau yang menjanjikan kepuasan berbasikal MTB, antara laluan yang disediakan seperti laluan sawah padi, ladang kelapa sawit serta kampung-kampung dengan pendakian 3 bukit yg agak mencabar di mana keseluruhan ketinggian bukit tersebut ialah 720 meter dari paras air laut. Jumlah jarak perlumbaan adalah sejauh 36.4KM.

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah juga tidak ketinggalan dengan menghantar 3 orang pelajar untuk memasuki kategori Politeknik Semalaysia. Penyertaan kategori tersebut mendapat sambutan dari seperti PTSS, PSP, PSAS, PSA dan PMM. Dalam kategori Lelaki Politeknik, pelajar PTSB Muhammad Syahir Asyraf Bin Md Radzi dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menjadi Johan dengan menerima wang tunai RM700 beserta plat kemenangan. Naib Johan Mohamad Syahkirin Bin Ibrahim, PSSAS, Shah Alam dan tempat ke-3 wakil dari PTSS, Perlis Muhammad Anas Faizal B Mohd Amir.

Rider PTSB2017 edit1

Kejohanan yang diadakan setiap tahun ini mendapat sambutan dari dalam dan luar negara termasuk rider dari Indonesia, Thailand dan Brunei yang melibatkan penyertaan seramai 1500 orang. Majlis penyampaian hadiah kejohanan telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri, merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas. Majlis tersebut berakhir lebih kurang jam 1.30 petang.

Rider PTSB2017 edit2