Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN DAN BOLLYWOOD HI- TEA

Majlis Anugerah Ketua Jabatan dan Bollywood Hi- Tea telah dijalankan pada 08 Mac 2017 iaitu pada hari Rabu. Program ini telah dijalankan di Komplek Sukan Kulim Hi Tech Park bermula pada pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang. Melibatkan 271 orang pelajar semester akhir dan 44 orang pensyarah Jabatan Perdagangan.

Tetamu jemputan Ketua Jabatan Perdagangan tiba dan masuk ke dewan diiringi oleh pihak penganjur program beserta  dengan tetamu jemputan dan semua pensyarah. Pengacara majlis iaitu En. Ahmad Mukhlis bin Mohamad Kefli  dan Cik. Siti Nur Diana bt Jefre mengalu-alukan kehadiran Pn. Siti Rohani bt Ali  (Ketua Jabatan Perdagangan) yang akan merasmikan  majlis kali ini. Majlis dimulakan  dengan  bacaan doa pembuka majlis oleh Mohd Fitri bin Yahaya. Acara diteruskan dengan persembahan video daripada semua pelajar semester akhir. Seterusnya Ucapan Ketua Jabatan Perdagangan  iaitu Pn. Siti Rohani bt Ali  dan disusuli dengan ucapan perasmian. Ucapan beliau  banyak menyentuh tentang pelajar semester akhir dan peperiksaan akhir yang hampir tiba.

Persembahan kanak-kanak Sekoleh Rendah Kulim Hi Tech Park  telah menceriakan lagi majlis dan acara cabutan bertuah bagi kategori pelajar dan pensyarah.  Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil bagi Anugerah Ketua Jabatan. Anugerah ini diberikan kepada pelajar mengikut program dan  telah disampaikan oleh Ketua Jabatan diiringi oleh Ketua Program masing-masing.  Majlis ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan acara kemuncak cabutan bertuah.

 

Hi-Tea Bollywood2017edit