Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MALAM PREGRADUAN JKM SESI DIS 2016

Majlis makan malam sempena Malam Pragraduan pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah diadakan pada 20 Mac 2017 di Kulim Golf & Country Resort dengan bertemakan Bollywood. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi. Majlis dimulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan dari tuan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal En. Mohd Zamri Bin Hamid. Selain itu, majlis penyerahan sijil kepada pemenang-pemenang pembentangan projek semester akhir sesi Disember 2016 juga diadakan pada malam tersebut. Malam gilang gemilang tersebut diserikan dengan beberapa persembahan dari pelajar semester akhir dan juga acara cabutan bertuah. Semoga semua pelajar akan berjaya di masa akan datang dalam apa juga bidang yang diceburi.

Malam Pragraduan pelajar JKM Sesi Dis 2016-all1

Malam Pragraduan pelajar JKM Sesi Dis 2016-all2