Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

JKM - NAIB JOHAN SUKAN POLYLIMPIK EDISI KE-4 TAHUN 2017

‘Lawan Tetap Lawan’ itulah slogan yang dibawa oleh warga Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) untuk Kejohanan Sukan Polylimpik Edisi ke-4 Tahun 2017 yang berlangsung pada 10 & 11 Mac 2017. Semangat kesukanan yang tinggi dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar dan staf telah membolehkan JKM mengekalkan kedudukan naib johan untuk dua tahun berturut-turut. Walaupun tidak berjaya menjadi johan keseluruhan JKM menjadi pencabar yang hebat buat johan edisi tahun 2017 iaitu Jabatan Perdagangan (JP) dan jabatan-jabatan yang lain. Namun begitu,ini tidak sama sekali melunturkan semangat para peserta untuk bersaing secara sihat pada kejohanan akan datang dengan kerjasama seluruh warga JKM. Selain itu, JKM juga dinobatkan sebagai juara khemah tercantik yang membawa hadiah wang tunai sebanyak RM100.00. Kita jumpa lagi di edisi akan datang. Lawan Tetap Lawan!

Polylimpik- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 2017-all1

Polylimpik- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 2017-all2