Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

BENGKEL PEMANTAPAN BAGI KURSUS ELEKTRONIK DAN DIGITAL SISTEM

Bengkel Pemantapan bagi Kursus Elektronik dan Digital Sistem ini merupakan satu program bagi membimbing dan memberi panduan yang berkesan kepada semua pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik. Inisiatif utama program ini diadakan bagi membimbing semua pelajar berkaitan cara menjawab soalan peperiksaan akhir dengan lebih pantas, betul dan menyemaikan elemen latih tubi soalan berkaitan semua topik dalam Kursus Elektronik dan Digital Sistem. Program ini telah berlangsung pada 29 Mac 2017 dan disertai oleh 121 orang pelajar dan lima orang pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Matlamat utama program ini dijalankan adalah bagi memastikan semua pelajar yang mengambil Kursus Elektronik Dan Digital Sistem bersedia sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan akhir Sesi Disember 2016. Disamping itu juga, program ini bagi memastikan semua pelajar lulus sepenuhnya bagi kursus Elektronik dan Digital Sistem dengan memperolehi keputusan yang cemerlang. Pelajar juga mempunyai kemampuan yang lebih baik dan tahap keyakinan yang tinggi untuk menjawab peperiksaan.

Bengkel Pemantapan bagi Kursus Elektronik dan Digital Sistem JKM 20171-all1

Bengkel Pemantapan bagi Kursus Elektronik dan Digital Sistem JKM 20171-all2

Bengkel Pemantapan bagi Kursus Elektronik dan Digital Sistem JKM 20171-all3