Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

LAWATAN INDUSTRI “YOSOGO INSTRUMENT WRITING SDN BHD & FUJIKURA FEDERAL CABLES SDN BHD” SESI DIS 2016

Satu program lawatan industri ke dua buah kilang produk elektrik dan elektronik telah diadakan pada 30 Mac 2017 yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyediaan diri ke alam pekerjaan di samping pendedahan kepada pelajar mengenai JIG, FIXTURES AND TOOLONG DESIGN (DJF5053). Melalui lawatan ini pelajar dapat mengetahui penggunaan konsep datum, kelegaan geometri dan binaan peralatan berasaskan pengapit dan prinsip letakan. Penggunaan peralatan Jig Fixtures dan aplikasi ini di industri adalah asas yang sangat penting dalam proses fabrikasi produk.

Selain daripada itu, lawatan ini turut bertujuan untuk mengeratkan hubungan bersama industri untuk memberi peluang pekerjaan kepada pelajar. Dapat melihat gambaran awal bidang pekerjaan dalm sektor industri. Melihat secara terus mesin  serta peralatan yang digunakan di dalam industri.

Bergerak dari PTSB pada jam 8.30 pagi dan tiba di Fujikura Federal Cables Sdn. Bhd. pada jam 9.20 pagi. Sesi lawatan di Fujikura Federal Cables Sdn. Bhd. bermula di bilik tetamu dan pelajar serta pensyarah diberi taklimat ringkas mengenai kilang dan produk-produk yang dihasilkan. Sesi lawatan berlangsung selama 2 jam setengah, dan pelajar serta pensyarah turut dibawa melawat sekitar kilang. Pelajar dan pensyarah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan di ketuai oleh seorang staf.

Destinasi seterusnya ialah ke YOSOGO Instrument Writing Sdn. Bhd. Sesi yang hampir sama seperti di Fujikura Federal Cables Sdn. Bhd., kami dibawa melawat sekitar kilang sebaik sahaja sesi taklimat berakhir. Lawatan kami di YOSOGO Instrument Writing Sdn. Bhd  berakhir pada jam 6.00 petang.

Melalui pemerhatian, sesi seperti ini amat penting bagi proses penyediaan pelajar politeknik ke alam pekerjaan dan sekaligus membantu kepada penigkatan graduate employability Politeknik Malaysia.

Yosogo2017-all3

Yosogo2017-all2

Yosogo2017-all1