Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

KEM ROBOTIK DAN CERAMAH INOVASI 2017

Bersempena dengan Bulan Eksplorasi Science, Technology, Engineering and Maths (STEM) April ini Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMKK) telah mengadakan program bersama di bawah kelolaan para pensyarah di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Program yang diberi nama Kem Robotik dan Ceramah Inovasi 2017 merupakan suatu usaha antara Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik memupuk minat terhadap ilmu robotik dan membuka ruang berinovasi di kalangan para pelajar sekolah berkenaan. Input kem kali ini sangat banyak sehinggakan ada di kalangan pelajar memaklumkan bahawa mereka berasa sangat berpuas hati dan masa yang terhad tidak cukup bagi menghayati keseluruhan aktiviti sepanjang kem dua hari ini. 

Pada hari pertama, seramai 46 orang pelajar yang terlibat telah disajikan dengan pengisian bermakna iaitu membina robot mudah menggunakan kit Arduino yang disediakan oleh penyelaras program. Dalam sesi ini, para pelajar SMKK berpengalaman membina, membuat tetapan robot seterusnya mengawal robot mereka dengan menggunakan telefon pintar.

Program setengah hari berikutnya, adalah sesi perkongsian ilmiah mengenai inovasi yang mensasarkan pembinaan idea kreatif dalam menyelesaikan masalah sekeliling yang wujud sekaligus membina produk inovasi yang mampu menyelesaikan masalah berkenaan. Kemuncak kem kali ini, disudahi dengan lawatan ke Makmal Robotik, Makmal Plastik, dan Bengkel Kimpalan di sekitar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Menurut Encik Mohd Khairul Domadi, semua pelajar dan guru yang terlibat sangat positif dengan pendedahan seperti ini dan mengharapkan agar usaha memperkasa inovasi melalui robot dan teknologi ini diteruskan bukan sahaja di peringkat menengah bahkan di seluruh institusi sekolah yang berkaitan.

Kem Robotik dan Ceramah Inovasi 2017all1

Kem Robotik dan Ceramah Inovasi 2017all2

Kem Robotik dan Ceramah Inovasi 2017all3

Kem Robotik dan Ceramah Inovasi 2017all4

Kem Robotik dan Ceramah Inovasi 2017all5