Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BERSAMA SEKOLAH ANGKAT PTSB

Program khidmat masyarakat bersama sekolah angkat PTSB telah dijalankan oleh Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTMK) dengan kerjasama jabatan akademik PTSB mulai 2 hingga 9 Mei 2017 di 6 buah sekolah angkat PTSB. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Taman Selasih yang merupakan sekolah angkat bagi Jabatan Kejuruteraan Pengajian Am (JPA), SMK Serdang Baru sekolah angkat bagi Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), SMK Taman Hi-Tech sekolah angkat bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), SMK Taman Kenari sekolah angkat bagi Jabatan Perdagangan (JP), SMK Air Merah sekolah angkat bagi Jabatan Kejururteraan Mekanikal (JKM) dan SMK Dato’ Lela Pahlawan merupakan sekolah angkat bagi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK).

Program ini adalah bertujuan untuk memindahkan sebanyak 90 buah komputer PTSB ke makmal komputer sekolah-sekolah bagi sokongan fasiliti pengajaran dan pembelajaran. Disamping program ini, UTMK juga telah menganjurkan Bengkel Pemasangan dan Penyenggaraan Komputer dibawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi komuniti setempat. Kursus ini memberi peluang kepada para peserta yang terdiri daripada guru-guru untuk mempelajari teknik asas pemasangan dan penyenggaraan komputer.

Program khidmat masyarakat ini bermula dengan aktiviti penghantaran komputer ke se sekolah – sekolah angkat PTSB iaitu sebanyak 15 unit komputer telah berjaya dipindahkan dan dipasang di setiap buah sekolah. Jumlah keseluruhan pemindahan aset PTSB bagi program ini adalah sebanyak 90 unit komputer. Sesi seterusnya Ketua Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, Puan Norazura binti Mohd Nor telah memberi taklimat ringkas bagi memulakan Bengkel Pemasangan dan Penyenggaraan Komputer kepada para peserta yang terdiri daripada pensyarah PTSB dan guru-guru sekolah. Aktiviti bengkel diteruskan dengan latihan hands-on pemasangan komputer dan tatacara untuk membuat penyelenggaraan komputer secara kendiri oleh para peserta.

Program berakhir dengan majlis penyerahan dokuman rasmi bagi pemindahan aset komputer bersama pengetua-pengetua sekolah angkat yang terlibat. Semoga program ini dapat memberi impak yang baik kepada sokongan Pengajaran dan Pembelajaran ICT di sekolah-sekolah sekitar Kulim serta dapat memupuk kerjasama erat di antara PTSB dan komuniti setempat. Manakala bengkel asas ICT yang dianjurkan adalah bermanfaat sebagai nilai tambah pengetahuan dan skil ICT kepada para pengarah dan guru-guru.

SMK Taman Selasih2017-a1

SMK Serdang Baru2017-a1

SMK Hi-tech2017-a1

SMK Air Merah2017-all1

SMK Dato Lela Pahlawan2017-a1SMK Dato Lela Pahlawan2017-all2