Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM JALINAN KASIH RAMADHAN & SYAWAL BERSAMA ANAK-ANAK SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR ANJURAN BERSAMA KELAB KEBUDAYAAN & WARISAN DAN KELAB JABATAN PERDAGANGAN

Tanggal 16 Jun 2017 sekali lagi warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah melaksanakan program khidmad masyarakat dan tanggungjawab sosial di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK),  Kuala Lumpur yang menempatkan anak-anak gelandangan dan terbiar.

Program kali ini dianjurkan oleh Kelab Kebudayaaan & Warisan bersama Kelab Jabatan Perdagangan, PTSB. Sebanyak RM 4,352.50 dana telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan daripada warga PTSB bagi menjayakan program ini. Sumbanagan tersebut diagihkan dalam bentuk kuih raya, juadah berbuka serta wang tunai.

Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh wakil pelajar Saudara Muhammad Aliff Ros Azmi kepada En Zulkernai Bin Fauzi, Pengetua SBJK. Turut sama hadir ke majlis penyerahan sumbangan ini ialah Puan Nur Farrah Azwa Binti Jasni, Pegawai Kebudayaaan & Warisan PTSB bersama 6 lagi wakil pelajar. Selain penyerahan dan pengagihan sumbangan, turut juga diadakan pertandingan mewarna dan aktiviti kumpulan bagi mendekatkan lagi wakil pelajar dan anak-anak di sekolah ini. Program sebegini diharap dapat membentuk sahsiah positif pelajar dan mendidik jiwa prihatin pelajar.

program jalinan kasih2017-all1

program jalinan kasih2017-all2

program jalinan kasih2017-all3

program jalinan kasih2017-all4