Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

AKTIVITI MENGACAU DODOL RAYA

Sempena kehadiran aidilfitri 1438 hijrah tahun ini, Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PTSB telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan dodol raya kepada warga PTSB. Justeru itu, aktiviti mengacau dodol raya telah diadakan pada 19 Jun 2017 yang lalu. Seramai 80 orang pelajar telah melibatkan diri secara bergilir-gilir mengacau dodol raya tersebut. Mengambil masa hampir lapan (8) jam mengacau dodol, aktiviti dimulakan selepas waktu isyak iaitu pada jam 9.00 malam dan selesai pada jam 5.00 pagi.

Aktiviti mengacau dodol ini benar-benar menguji kekuatan dan kesungguhan dalam diri pelajar dalam memastikan dodol sentiasa dimasak dengan baik dan tidak hangus. Kaedah pertukaran shift dan bergilir-gilir dalam mengacau digunakan bagi memastikan dodol sentiasa dikacau secara berterusan untuk menghasilkan dodol yang baik dan enak. Sebanyak hampir 50 kilogram dodol telah berjaya dihasilkan oleh PRS dan MPP PTSB.  Selain PRS dan MPP, organisasi dan persatuan pelajar lain turut sama berkolaborasi menyumbang tenaga dalam aktiviti mengacau dodol raya ini antaranya Jawatankuasa Pelajar Kamsis (JPK), Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) dan YES Sukarelawan Politeknik.

Dodol yang berjaya dihasilkan diedarkan kepada warga PTSB pada keesokan harinya untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing sempena aidilfitri nanti. Salam Aidilfitri daripada PRS dan MPP PTSB buat semua warga PTSB dan umat Islam di seluruh dunia.

Aktiviti Mengacau Dodol2017-all1