Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM SINGGAHAN KASIH SAYANG BERSAMA WARGA EMAS RUMAH CAHAYA SUNGAI TENGAS

 

Program Singgahan Kasih Sayang Bersama Warga Emas20173

Sungai Tengas: Program Singgahan Kasih Sayang bersama Warga Emas Rumah Cahaya Sungai Tengas Kulim Kedah telah berjaya dilaksanakan. Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang diberi kepercayaan oleh Yayasan REST dan Stesen Minyak Petronas Simpang Pulai Arah Selatan untuk mengelolakan program ini. Program yang berlangsung pada 18 Jun 2017 yang lalu itu turut disertai oleh Pembimbing Rakan Siswa (PRS) PTSB.

Program ini dijalankan bagi menyantuni warga emas yang semakin terpinggir oleh masyarakat hari ini terutamanya oleh golongan belia remaja. Program kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ini perlu diterapkan kepada golongan belia remaja agar sentiasa peka dan bersedia dengan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa di hujung usia mereka. Malah melalui program seperti adalah diharapkan dapat merapatkan jurang antara golongan warga emas dan golongan belia remaja.

Aktiviti yang berjaya dilaksankan sepanjang program antaranya, Mandala Terapi Pasir, penyampaian sumbangan barangan dapur dan keperluan raya, sumbangan zakat, iftar, solat sunat terawah berjemaah dan moreh.

Program Singgahan Kasih Sayang Bersama Warga Emas2017-all1

Program Singgahan Kasih Sayang Bersama Warga Emas2017-all2