Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM PEMBERIAN BARAKAH JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak  ini, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bersama syarikat MIWA Jelly Drink, sebuah syarikat bumiputera telah berkerjasama mengadakan Program Pemberian Barakah dengan Tag Line: ‘Bersama Berkongsi Kegembiraan Ini’.

Program ini berlangsung selama tiga minggu di bulan Ramadhan .Program bermula dengan cara staf membeli sekotak MIWA Jelly dengan harga RM18.00 sahaja. Kemudian jelly yang dibeli itu disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim dan miskin serta sekolah-sekolah Tahfiz yang terpilih sekitar Kulim dan Sungai Petani Kedah sebagai juadah iftar.

Objektif utama program ini adalah untuk bersama-sama berjemaah dalam menjalankan ibadah sedekah serta membentuk masyarakat yang sedia membantu dan menggembirakan orang lain.Selain itu, program ini diharap dapat berkongsi keriangan menyambut Ramadhan serta mempelbagaikan juadah berbuka puasa bagi mereka yang memerlukan.

Penyerahan MIWA Jelly dihantar ke rumah-rumah berikut :

  1. Rumah Anak Yatim Miskin, Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam, Kuala Ketil Kedah
  2. Sekolah Tahfiz Al -Quran dan Hadith Al-Hafiz, Sungai Petani, Kedah
  3. Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA) Kulim, Kedah
  4. Maahad Tahfiz Ehsan, Jitra, Kedah.
  5. Tahfiz Al Quran Al Qadi Iyad, Kulim, Kedah
  6. Maahad Riyadhil Quran, Sungai Petani Kedah.
  7. Rumah Anak-anak Yatim bekas Perajurit, Kulim, Kedah.
  8. Ibn Sina Institute, Taman Kenari, Kulim

Program Pemberian Barakah 2017-all1

Program Pemberian Barakah 2017-all2

Program Pemberian Barakah 2017-all3