Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KULIM BANDAR BAHARU TAHUN 2017

Buat kesekian kalinya Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan Unit Pengurusan Psikologi PTSB diberi mandat sekali lagi untuk menjayakan Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu Tahun 2017.

Kursus yang berlangsung pada 8 Julai 2017 (Sabtu) yang lalu telah melibatkan seramai 250 orang pelajar sekolah rendah dari seluruh Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Program yang dilaksanakan di Dewan Muadzam Shah PTSB tersebut dijayakan dengan menggunakan “Modul Bongsu” dalam usaha menerapkan nilai-nilai asas sebagai Pembimbing Rakan Sebaya di peringkat sekolah rendah. Antara fokus yang disampaikan dalam modul ini adalah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar dan kemahiran merespon.

Majlis penutup bagi kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Shamil bin Othman, Penolong Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu dan Ustaz Hamzan bin Harun, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar selaku wakil pengurusan tertinggi PTSB.

Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu Tahun 2017-all