Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MALAM UNTUKMU ROHINGYA

 Pada 14 JULAI 2017 yang lalu bertempat di Dewan Muā€™adzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah diadakan Program Amal Malam Untukmu Rohigya. Program ini telah dianjurkan secara bersama oleh Unit Kebudayaan & Warisan, Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah bersama Persatuan Taeter Alor Setar (PENTAS). Program ini juga turut mendapat kerjasama dari Majlis Perwakilan Pelajar PTSB, Jawatankuasa Kamsis PTSB dan Jabatan Penerangan Daerah Kulim.

Matlamat utama program ini adalah untuk mengumpul dana bagi Tabung Rohingya. Selain itu program ini juga, dapat mendedahkan pelajar tentang isu global di samping mendidik jiwa pelajar supaya saling membantu semasa insan dan prihatin atas keperluan orang lain. Di antara matlamat lain adalah diharap agar dapat membantu meningkatkan kemahiran softskill dalam kalangan pelajar.

Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar PTSB dan juga tetamu jemputan dari Kolej Komuniti Baling, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kolej Mara Kulim dan juga MRSM Kulim. Turut hadir adalah Tn. Hj Shamsul Bahrain bin Md Yusof, Timbalan Pengarah Akademik PTSB, En. Mohd Yusaini bin Mohamed Ali, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSB dan juga Pengerusi Kumpulan PENTAS.

Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penyerahan sumbangan dari warga PTSB melalui tabung yang diletakkan di Pusat Islam PTSB selain sumbangan dari beberapa organisasi luar. Jumlah kutipan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM 5,616.25. Beberapa persembahan amal telah diadakan bagi mengisi program ini yang melibatkan pelajar dari Kelab Kebudayaan, Kesenian dan Warisan  dan ahli Kumpulan PENTAS seperti deklamasi puisi, lagu puisi dan persembahan DEKON yang berkaitan kemanusiaan, keamanan sejagat, keprihatinan dan juga khas untuk Rohinya. Selain itu diadakan mini pameran berkenaan isu Rohingya dan aktiviti kutipan amal untuk tabung Rohingya.

Malam untuk Rohungya2017all1

Malam untuk Rohungya2017all2

Malam untuk Rohungya2017all3

Malam untuk Rohungya2017all4