Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM LAWATAN AKADEMIK DAN PENANDA ARAS JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KE POLITEKNIK NEGERI MEDAN

14 Ogos 2017 – Seramai 17 pegawai dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Shamsul Baharin bin Md Yusuf, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd Yusaini bin Mohamed Ali, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En. Mohd. Zamri bin Hamid, Ketua Unit Pengantarabangsaan, Pn. Azhani binti Ariffin berserta 10 pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 3 wakil daripada Unit Pengantarabangsaan telah menyertai “Program Lawatan Akademik dan Penanda Aras Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ke Politeknik Negeri Medan” selama 3 hari bermula pada 14 hingga 16 Ogos 2017.

Program ini merupakan kesinambungan daripada dua program yang telah berlangsung sebelum ini dan sebagai lawatan balas di atas jemputan dari pihak Politeknik Negeri Medan untuk meneruskan kolaborasi dan kerjasama erat yang telah terjalin antara kedua-dua institusi.

Secara umumnya objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pakar-pakar dalam bidang kepintaran buatan, menanda aras kurikulum serta menambah baik prasana di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PTSB.

Lawatan ini bermula dengan sesi perbincangan di antara kedua-dua pihak  berkenaan peluang-peluang kerjasama dan disusuli dengan majlis menandatangani “Nota Persefahaman” yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik mewakili PTSB dan Ir. Berta Br. Ginting, M.T. Wakil Direktur IV Bidang Kerjasama mewakili Politeknik Negeri Medan.

Delegasi daripada PTSB ini seterusnya dibawa untuk melawat peralatan serta mesin-mesin yang terdapat di bengkel-bengkel kejuruteraan di Politeknik Negeri Medan.

Di samping itu, 5 pegawai daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En. Mohd. Zamri bin Hamid, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), En. Mohamad Norizham Bin Hamzah, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP), Pn. Noriza Binti Muhamed Yusof, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM), Fauziah Binti Zakaria serta Pn. Zafarida binti Kadir telah dipilih untuk menjadi Panel Penilai bagi pembentangan projek akhir pelajar-pelajar Politeknik Negeri Medan daripada Jurusan Teknik Mesin.

Secara keseluruhannya, diharap program ini dapat menjadi platform perkongsian kepakaran di antara PTSB dan Politeknik Negeri Medan.

Program Lawatan Akademik Dan Penanda Aras JKM Ke Politeknik Negeri Medan 2017-all2

Program Lawatan Akademik Dan Penanda Aras JKM Ke Politeknik Negeri Medan 2017-all3

Program Lawatan Akademik Dan Penanda Aras JKM Ke Politeknik Negeri Medan 2017-all4

Program Lawatan Akademik Dan Penanda Aras JKM Ke Politeknik Negeri Medan 2017-all5

Program Lawatan Akademik Dan Penanda Aras JKM Ke Politeknik Negeri Medan 2017-all1