Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

JOM GHEJA 2017 TAMBAH NILAI KEBOLEHPASARAN PELAJAR POLITEKNIK

Jom Gheja 201716

23 Ogos 2017 - Seramai 767 orang pelajar Semester Lima Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dihimpunkan dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran para pelajar dari semua jabatan induk yang ada di politeknik ini. Aktiviti yang dijalankan sepanjang Jom Gheja adalah termasuk Ceramah Kerjaya mengenai Dunia Kerjaya Sebenar, Klinik Penulisan Resume, Grooming Imej dan Teknik Menghadapi Temuduga yang telah disampaikan oleh wakil penceramah dari Management and Science University (MSU) iaitu Encik Norlihisham Ramly dan Encik Khairul Anuar Abd Latif mengisi slot seawal 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Menariknya ceramah ini juga turut dimanfaatkan serta disertai oleh orang luar di sekitar Kulim yang telah dimaklumi melalui media mengenai program anjuran CISEC, Pengurusan Psikologi dan Kerjaya, serta Unit Keusahawanan PTSB.

Jom Gheja kali ini amat berbeza dari yang sebelumnya iaitu turut menggabungkan aktiviti pameran kerjaya, temuduga terbuka serta bazar keusahawanan secara serentak dan bersama. Selaras dengan pelancaran MyAgrosis keesokannya, pada sesi petang Jom Gheja diisi oleh diskusi bersama Alumni Politeknik yang bergelar usahawan dan Sesi Perkongsian ilmu Agroprenuer oleh wakil jemputan FAMA. Antara syarikat-syarikat yang terlibat dengan pameran kali ini adalah Mattel (M) Sdn Bhd, KISMEC, Zurich Takaful, First Solar, Mondelez (M) Sdn Bhd, Genting (M) Bhd, dan Magjaya Resources Sdn Bhd. Jom Gheja diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Mejar (K) Mohd Noor Bin Shahudin serta penyampaian cenderahati kepada semua pihak yang terlibat. Keseluruhan warga kerja Jom Gheja 2017 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua institusi dan industri yang mengambil bahagian dalam program kali ini. Dengan adanya usaha ini adalah diharapkan dapat merapatkan jurang antara para pelajar dan industri sekaligus menjadikan institusi politeknik sebagai TVET premier yang diterajui industri.

Jom Gheja 2017-all1

Jom Gheja 2017-all2

Jom Gheja 2017-all3

Jom Gheja 2017-all4

Jom Gheja 2017-all5

Jom Gheja 2017-all6

Jom Gheja 2017-all7