Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROFILING TEST: AUDIT DIRI PELAJAR SEMESTER SATU SESI JUN 2017

Pada 25 Ogos 2017 telah diadakan satu program wajib kepada semua pelajar semester satu (1) bagi Sesi Jun 2017 iaitu Profiling Test: Audit Diri Pelajar Semester Satu. Program yang diadakan setiap semester ini telah dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dari Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) serta turut dibantu oleh barisan fasilitator Pembimbing Rakan Siswa, Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman, Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam dan Sukarelawan YES Politeknik.

Program ini telah disertai oleh seramai 1031 orang pelajar semester satu (1) bagi Sesi Jun 2017. Antara pengisian yang terdapat dalam program ini adalah seperti sesi menjawab Ujian Psikologi (Inventori Personaliti Sidek, Inventori Personaliti Warna dan Inventori Minat Kerjaya Sidek).

Diakhir program ini, peserta telah mendapat celik akal melalui pengisian yang telah dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:

1.    Mendedahkan peserta tentang realiti diri mereka yang sebenarnya melalui ujian psikologi.
2.    Dapat membentuk semangat dalam diri pelajar.
3.    Membantu peserta memahami kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

 

Profiling Test Audit Diri Pelajar Semester 1 -2017-all