Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

CAKNA ILMU BERSAMA PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Pada 05 Ogos 2017, telah diadakan satu Program Cakna Ilmu Bersama Pelajar PTSB 2017 bertempat di Dewan Kuliah Jabatan Perdagangan, PTSB. Program ini telah disertai oleh pelajar seramai 110 orang yang terdiri dari pelbagai semester.

Antara pengisian yang terdapat dalam program ini adalah ceramah yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Reezal Bin Abd Rashid (Timbalan Pengarah JPNIN, Pulau Pinang) yang bertajuk We Are One Malaysian. Selain itu, telah diadakan juga beberapa aktiviti dalam kumpulan .

Diakhir program ini, pelajar telah mendapat celik akal melalui pengisian yang telah dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:

1.    Peserta telah dapat meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang bangsa dan agama melalui aktiviti berkumpulan yang dijalankan oleh urusetia.
2.    Meningkatkan pemahaman budaya asimilasi dalam kalangan pelajar PTSB.
3.    Peserta dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai etnik dan bangsa.
4.    Membantu meningkatkan motivasi diri dan akademik pelajar pelbagai kaum.

Cakna Ilmu Bersama Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah 2017-all1

Cakna Ilmu Bersama Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah 2017-all2

Anjuran Unit Pengurusan Psikologi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)