Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

HARI PSIKOLOGI PTSB 2.0 TAHUN 2017

Hari Psikologi PTSB 2.0 Tahun 2017 bagi peringkat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah berlangsung dengan jayanya pada 13 September 2017 yang lalu. Program yang bertempat di Kantin PTSB itu merupakan anjuran bersama Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) PTSB. Objektif utama penganjuran kali adalah mendedahkan warga PTSB dengan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Justeru tumpuan diberikan melalui pameran pelbagai jenis penyakit mental antaranya Kecelaruan Bulemia, Anaroksia Nervosa, Fobia, Panik, Obsesif Compulsif, Sexual Disorder, Bipolar, Major Depression, Hipokondriasis, Dissiosiatif Disorder, Amnsesia dan Skizofrenia. Malah program ini sekaligus mempromosikan perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan oleh UPPsi selain usaha mensejahterakan warga PTSB dengan penerapan elemen pengujian psikometrik dan terapi dalam usaha membantu pelanggan (klien). Aspek kesedaran kesihatan dan keselamatan juga turut diserapkan dengan pameran oleh pihak Pejabat Kesihatan Kulim, Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga Negara (LPPKN), Angkatan Pertahanan Awam (APAM), Bahagian Pemakanan dan Psikiatrik Hospital Kulim, AADK dan PDRM. Program yang mendapat sambutan meriah ini sedikit sebanyak telah berjaya memberi kesedaran akan aspek penjagaan kesihatan mental dan keperluan psikologi manusia.

Hari Psikologi PTSB 2.0 Tahun 2017-all1

Hari Psikologi PTSB 2.0 Tahun 2017-all2