Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN KEWANGAN SAGE UBS KEPADA KOMUNITI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Khamis -12 Oktober 2017, Bertempat di Dewan Kuliah Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan  Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS. Majlis ini dirasmikan oleh Dato Asmadi bin Abu Talib selaku Pengerusi Majlis  Pembangunan Luar Bandar, Parlimen Padang Serai. Turut serta memberi sokongan  Mejar (k) Mohd Noor bin Shahuddin, Pn Salina bt Jaafar Pengurus Wilayah Utara Amanah Ikhtiar Malaysia.

Program penyediaan laporan kewangan Sage UBS ini melibatkan 89 orang pelajar daripada program Diploma Akauntansi  semester 3 yang mengambil DPA3023. Tugasan ini bermula pada 4 Ogos lagi dan berakhir pada 10 oktober 2017. Melibatkan 17 peniaga dikalangan Amanah Ikhtiar Malaysia dan juga komuniti Kulim Bandar Baharu.

Program ini telah memberi impak yang tinggi kepada pelajar, peniaga dan politeknik secara keseluruhannya. Program ini akan diteruskan  bagi setiap semester bagi memberi  kesan yang positif  pada  jangkamasa  panjang dan juga dapat membolehkan semua pihak merasakan ianya satu program yang  amat baik dan perlu dilaksanakan oleh semua polliteknik.

Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS Kepada Komuniti Amanah Ikhtiar Malaysia 2017-all1

Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS Kepada Komuniti Amanah Ikhtiar Malaysia 2017-all2

Majlis Penyerahan Laporan Kewangan Sage UBS Kepada Komuniti Amanah Ikhtiar Malaysia 2017-all3