Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PILIHAN RAYA KAMPUS PTSB SESI 2017/2018

pilihanraya PTSB

Pada 20 Disember 2017 yang lalu, Politeknik seluruh Malaysia secara serentak di seluruh negara telah berjaya menjalani sesi Pilihan Raya Kampus (PRK). Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) turut bersama berjaya melaksanakan proses PRK pada tarikh yang sama bertempat di Dewan Muadzam Shah. Proses pemilihan pemimpin pelajar melalui PRK ini bermula dengan hebahan awal PRK pada 4 Disember 2017 dan diikuti dengan proses Penamaan Calon serta Pelancaran Kempen Pilihan Raya Kampus iaitu pada 12 Disember 2017. Setelah selesai tempoh berkempen selama lapan (8) hari, proses pembuangan undi berlangsung pada 20 Disember 2017 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 3.00 petang. Proses pembuangan undi bagi sesi kali ini amat memberangsangkan dengan mencatatkan seramai 2514 orang pelajar turun membuang undi daripada keseluruhan 2982 orang pelajar yang layak mengundi iaitu sebanyak 84.31%. Pengumuman keputusan PRK telah diadakan pada jam 4.00 petang di Dewan Muadzam Shah. Pengumuman keputusan PRK 2017/2018 disempurnakan oleh Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali selaku Penasihat Pilihan Raya Kampus dan juga Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSB. Turut sama merancakkan majlis adalah Timbalan Pengarah Akademik PTSB, Tuan Haji Shamsul Bahrain bin Md. Yusof dengan aktiviti cabutan bertuah kepada para pelajar yang turun mengundi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon yang berjaya memenangi kerusi dalam PRK bagi sesi 2017/2018 ini. Semoga dengan kejayaan dalam proses pemilihan pemimpin pelajar ini dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PTSB melalui saluran suara pelajar kepada barisan kepimpinan mereka.

Muat Turun Statistk Pengundi Pilihan Raya Kampus PTSB 2017/2018 dan Keputusan Pilihan Raya Kampus PTSB 2017/2018