Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN “PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 2.12”

Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Khidmat Masyarakat 2018-all4

Pada 04 JANUARI 2018 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Lubuk Legong, Baling, Kedah telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan “Projek Khidmat Masyarakat 2.12” anjuran Unit Kebudayaan & Warisan, Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Kolej Komuniti Baling, Kedah. Majlis penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh YB. Dato’ Azmi bin Che Husain, ADUN Bayu yang juga merupakan Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri.

Dalam projek ini seramai 100 orang anak orang asli yang terdiri daripada pelajar pra-sekolah dan sekolah rendah dari Perkampungan Orang Asli Ulu Legong dipilih untuk menerima sumbangan keperluan asas persekolahan. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk alat tulis, pakaian sekolah dan kasut sekolah. Sumbangan berbentuk alat tulis ini telah diperolehi hasil kutipan wang sumbangan yang dikutip oleh ahli Angkatan Kebudayaan, Seni & Warisan (AKSI) dengan jumlah lebih kurang RM1,557, manakala bagi kasut dan baju sekolah sumbangannya telah diuruskan oleh Kolej Komuniti Baling, Kedah. Lebih menarik lagi baju sekolah hasil sumbangan oleh Kolej Komuniti Baling, Kedah ini telah dijahit sendiri oleh pensyarah dan pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian.

Program ini juga turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) & Eco-Shop. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu anak-anak orang asli bagi meneruskan sesi persekolahan dengan lebih selesa. Melalui program ini juga dapat pelajar dapat mendekatkan diri dengan kehidupan dan cara hidup orang asli serta mendidik jiwa pelajar supaya saling membantu dan prihatin atas keperluan insan lain. Selain daripada itu, pendedahan yang diberikan ini diharap dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran softskill mereka.

Program ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar PTSB dan Kolej Komuniti Baling, Kedah, Pegawai-pegawai dari kedua institusi dan penduduk perkampungan orang asli ulu Legong, Baling, Kedah. Tetamu jemputan yang turut hadir adalah Pengarah, Kolej Komuniti Baling, Kedah, Wakil Pengurusan PTSB dan Tok Batin.

Pegarah Program Saudara Muhamad Shafiq Bin Hisham, Diploma Kejuruteraan Mekanikal semester 3 berkata “Kami ahli Angkatan Kebudayaan, Seni & Warisan (AKSI) terpanggil untuk melaksanakan program ini setelah melihat objektifnya amat baik dalam membentuk sahsiah positif pelajar. Program sebegini juga dapat mendekatkan pelajar tentang komuniti sekitar dan mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan. Program ini juga katanya secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran softskill pelajar kerana ianya diuruskan dan dianjurkan oleh pelajar”. 

Ketua Jabatan Perdagangan yang mewakili pengurusan PTSB berkata, “Pihak pengurusan PTSB sangat mengalu-alukan perlaksanaan program khidmat masyarakat sebegini. Perananan institusi pengajian tinggi bukan hanya memberi ilmu akademik pelajar diperingkat yang lebih tinggi bahkan ianya juga berfungsi membentuk sahsiah pelajar dan kemahiran insaniah pelajar bagi melahirkan graduan yang hoslitik dan berketerampilan sesuai dengan acuan dan budaya dmasyarakat Malaysia.
Menurut Pengarah, Kolej Komuniti Baling, Kedah, Beliau amat mengalukan penganjuran program-program sebegini. Dengan program sebegini ianya akan lebih mendekatkan komuniti dengan institusi pendidikan tinggi. Selain itu, pelajar institusi pendidikan tinggi pula akan lebih dapat mengenali budaya hidup sesebuah komuniti itu. Bukan itu sahaja beliau amat mengalu-alukan program berbentuk kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan juga dengan pihak luar dan berharap agar proram yang berbentuk kerjasama ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. 

YB Dato’ Azmi bin Che Husain, melalui ucapan beliau berkata, Beliau amat terharu dengan usaha yang ditunjukan oleh kedua institusi pendidikan tinggi yang menganjurkan projek ini. Usaha oleh kedua institusi pendidikan tinggi ini bagi membantu meringankan beban kos persekolahan anak-anak orang asli ini haru dipandang tinggi dan diberikan penghargaan sewajarnya. Ini memperlihatkan bahawa institusi pengajian tinggi bukan hanya fokus pada memberikan ilmu akademik sahaja bahkan juga serius dalam mendidik sahsiah dan rohani pelajar. Beliau berharap agar usaha murni sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan berharap juga agar lebih banyak lagi pihak akan turut serta menjayakan program sebegini bagi membantu sedikit sebanyak golongan yang memerlukan.

Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Khidmat Masyarakat 2018-all1

Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Khidmat Masyarakat 2018-all2

Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Khidmat Masyarakat 2018-all3