Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

LAWATAN ILMIAH (EDM WIRE CUT) KE POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS)

Kursus DJM2012 – Mekatronic Workshop Practice 2, merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi syarat bergraduasi. Pengetahuan dalam kemahiran menggunakan EDM Wirecut memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan  mereka  dalam merealisasikan idea, kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan masalah. Sepanjang mengikuti pengajian di politeknik pelajar dibimbing oleh pensyarah untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Dengan memberi kursus tambahan untuk mendalami ilmu EDM Wirecut, pelajar diberi kesempatan dan peluang untuk mengendalikan mesin EDM Wirecut versi terbaru iaitu Mitsubishi MV1200.

Berikut merupakan butiran aktiviti seperti yang telah dijalankan:

Tarikh     : 7 Januari 2018 (Ahad)
Masa       : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Program : Lawatan Ilmiah (EDM WIRE CUT)
Tentatif  :
 
MASA PERKARA
7.30 pagi Semua pelajar berkumpul di garaj bas PTSB
8.30 pagi Bergerak ke Jitra
10.00 pagi Dijangka sampai di POLIMAS
10.15 tgh Lawatan ke Bengkel Edm Wire Cut
12.00 tgh Makan tengahari dan solat
2.00 ptg Kendalian mesin dan penghasilan produk
5.00 ptg Bergerak pulang ke PTSB
 
Tempat    : Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Anjuran   : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Bilangan Peserta : 27 Pelajar 4 Pensyarah

 

Perjalanan kursus benjalan lancar. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah iaitu Ir.Nik Ahmad Faris Bin Nik Abdullah. Melalui pemerhatian, kursus tambahan seperti ini mampu memberi nilai tambah pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam mengendalikan mesin EDM Wirecut.

 

Lawatan Ilmiah Ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah2018-allLawatan Ilmiah Ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah20183