Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

KARNIVAL SUKAN MUHIBAH JKM 2018

22 Februari 2018 (Khamis) – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan Karnival Sukan Muhibah 2018. Program ini disertai oleh semua pelajar JKM PTSB. Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah maraton, bola sepak, bola jaring, badminton, bola tampar, bola baling, boling,Tarik tali, ping pong, memanah dan futsal. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menyemai semangat suka bersukan dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi di kalangan pelajar. Selain memberi tumpuan di dalam kelas pelajar juga perlu bijak membahagi masa untuk bersukan bagi memastikan keadaan mental dan fizikal sentiasa dalam keadaan cergas dan cerdas. Selain itu juga, peserta berpeluang mempraktikkan ilmu yang dipelajari secara teori dengan mengaplikasikannya dalam pertandingan untuk menguji tahap pencapaian masing-masing. Program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan pelajar dalam masa yang sama antara pelajar dengan pensyarah. Pelajar berpeluang membina jatidiri dan keyakinan dalam memimpin dan mengendalikan sesuatu program di bawah seliaan pensyarah. Secara keseluruhannya program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Semoga dapat diteruskan di masa akan datang.

Karnival Sukan Muhibah JKM 2018-all1

Karnival Sukan Muhibah JKM 2018-all2

Karnival Sukan Muhibah JKM 2018-all3

Karnival Sukan Muhibah JKM 2018-all4