Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM KOMUNITI JABATAN PERDAGANGAN PTSB BERSAMA RUMAH AMAL KULIM SEMPENA HARI GURU 2018

Program Komuniti Jabatan Perdagangan PTSB Bersama Rumah Amal Kulim Sempena Hari Guru 20187

Pada 16 Mei 2018 Jabatan Perdagangan PTSB telah bersama-sama Rumah Amal Kulim (Rumah Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa) mengadakan majlis sambutan Hari Guru bagi tahun 2018 yang bertemakan ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan’. Program ini disertai oleh 25 pensyarah Jabatan Perdagangan, 13 guru dan 70 pelajar Rumah Amal Kulim.

Program bermula jam 8.30 pagi dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai. Kemudian majlis sambutan Hari Guru 2018 dimulakan di dalam Dewan Rumah Amal Kulim. Pelbagai aktiviti telah diatur bersama seperti persembahan pelajar Rumah Amal Kulim, persembahan guru, permainan dalaman pensyarah Jabatan Perdagangan bersama guru-guru Rumah Amal Kulim, acara potong kek hari guru, majlis penyampaian hadiah dan makan tengahari bersama-sama berkonsepkan ‘pot luck’. Kek dan hadiah program ini disumbangkan oleh Jabatan Perdagangan PTSB.

Program ini juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PTSB, Tuan Hj Shamsul Bahrin bin Md Yusuf dan Encik Mohd Yusaini bin Mohamed Ali dan Ketua Jabatan Perdagangan sendiri iaitu Puan Siti Rohani bt Ali. Tuan Timbalan Pengarah Akademik dijemput bagi merasmikan majlis ini.

Program seperti ini amat baik ternyata dapat mengeratkan hubungan staf Jabatan Perdagangan dan hubungan dengan pihak luar seperti Rumah Amal Kulim juga dapat dijalinkan dengan mesra. Konsep kemasyarakatan dan ambil peduli dengan organisasi luar terutamanya yang melibatkan pendidikan kanak-kanak istimewa juga turut dihayati bersama. Secara tidak langsung, program sambutan Hari Guru 2018 yang julung-julung kali diadakan oleh Jabatan Perdagangan menjadi momen yang indah dan semua pihak ternyata gembira. 

Program Komuniti Jabatan Perdagangan PTSB Bersama Rumah Amal Kulim Sempena Hari Guru 20181

Program Komuniti Jabatan Perdagangan PTSB Bersama Rumah Amal Kulim Sempena Hari Guru 20182

Program Komuniti Jabatan Perdagangan PTSB Bersama Rumah Amal Kulim Sempena Hari Guru 20183