Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

MELESTARI PENDIDIKAN MELALUI CSR DI SRIFI AL-HAMRA

Program khidmat masyarakat yang diadakan pada hujung minggu baru-baru ini iaitu pada 13 dan 14 Julai 2018 adalah merupakan sumbangan tanggungjawab sosial korporat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal serta warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kepada para pelajar Sekolah Rendah Fathul Islam Al-Hamra’, Lunas Kedah. Projek kecerian ini melibatkan 15 orang sukarelawan pelajar semester lima (Yayasan Sukarelawan Politeknik) dari semua program di bawah jabatan kejuruteraan mekanikal dan para pensyarah yang berkelapangan untuk menyumbang tenaga dalam memperbaik kemudahan sedia ada di sekolah berkenaan.

Bagi program kali ini, pihak urusetia program telah berjaya memperbaik kemudahan sedia ada serta tempat mengambil wuduk pelajar, menyumbangkan meja komputer di perpustakaan, mengecat bahagian dalam dinding bangunan; laluan bertangga,  dan mengecat bahagian bawah luar bangunan SRIFI Al-Hamra’. Sepanjang program berjalan, sukarelawan pelajar politeknik telah berjaya didedahkan dengan kemahiran kerja berpasukan, berkomunikasi dengan komuniti luar, dan merapatkan ukhuwwah. Mudirah SRIFI Al – Hamra’ berharap program melestarikan pendidikan serta CSR ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, serta mendapat manfaat bersama.

Melestari Pendidikan Melalui Csr Di Srifi Al-Hamra20181

Melestari Pendidikan Melalui Csr Di Srifi Al-Hamra20182

Melestari Pendidikan Melalui Csr Di Srifi Al-Hamra20183

Melestari Pendidikan Melalui Csr Di Srifi Al-Hamra20184

Melestari Pendidikan Melalui Csr Di Srifi Al-Hamra20185

Melestari Pendidikan Melalui Csr Di Srifi Al-Hamra20186