Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

“LELAKI DI SEBALIK MALAYSIA” JOHAN PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2018

Skrip “Lelaki di Sebalik Malaysia” membawa tuah buat kumpulan PEWARIS’T, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) pada Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Kedah 2018. PEWARIS’T yang mewakili Daerah Kulim telah dinobatkan sebagai johan pertandingan ini menewaskan 9 lagi kumpulan yang mewakili daerah masing-masing. Kumpulan ini juga bakal mewakili Negeri Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka akan berlangsung di Negeri Pahang sekitar Oktober 2018.

Dengan kemenangan ini, Kumpulan PEWARIS’T telah berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM3,000.00, sebuah piala serta sijil pertandingan. “Lelaki di Sebalik Malaysia”, adalah merupakan sebuah pengisahan tokoh tersohor tanahair iaitu Tun Dr. Ismail, yang juga merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri Kedua Malaysia. Pengisahan ini dijayakan oleh pelajar senior dan junior Angkatan Kebudayaan, Seni & Warisan (AKSI), PTSB.

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kedah ini diadakan bertempat di auditorium RTM Alor Setar, Kedah pada 22 Julai 2018. Pada pertandingan kali ini seramai 30 orang pelajar PTSB juga turut sama hadir memberikan sokongan pada rakan-rakan mereka yang bertanding.

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Kedah 20181