Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PTSB MENJUARAI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF HORIZON BAHARU PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2018

Buat julung kalinya sejak penganjuran Konvensyen KIK Horizon Baharu peringkat kebangsaan bagi politeknik dan kolej komuniti, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan melalui penyertaan oleh Kumpulan Uniq. Kumpulan Uniq turut menjuarai tempat pertama bagi kategori inovasi penciptaan, anugerah emas serta pameran terbaik pada konvensyen yang diadakan di Regency Waterfront Hotel, Kuala Terengganu pada 7 hingga 10 Ogos 2018. Tuan rumah bagi penganjuran edisi 2018 merupakan Politeknik Kuala Terengganu yang turut merupakan juara keseluruhan bagi 3 edisi sebelum ini.

Selain itu, Kumpulan P.Ing PTSB yang bertanding di bawah kategori penyampaian perkhidmatan penambahbaikan turut pulang dengan kedudukan tempat kedua bagi pameran terbaik serta menerima anugerah emas bagi konvensyen edisi kali ini. Melalui anugerah juara keseluruhan, PTSB telah dierikan penghormatan dan penghargaan bagi menganjurkan Konvensyen KIK Horizon Baharu Kebangsaan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2019 akan datang.

PTSB Menjuarai Konvensyen KIK Horizon Baharu Peringkat Kebangsaan Politeknik Dan Kolej Komuniti 2018all