Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL JP YAYASAN AR RIYAADAH

Program Projek Amal Jabatan Perdagangan 2018 Seringgit Sesuci Seikhlas Hati, Setulus Harapan Seribu Kenikmatan telah berjaya dijalankan untuk Yayasan Ar Riyaadah, Kampung Hutan Palas, Kodiang, Kedah.  Kutipan amal yang dilaksanakan di sekitar PTSB melibatkan para pensyarah dan pelajar dari semua jabatan.

Projek kutipan ini dilaksanakan bermula dari tarikh 13 Ogos – 26 September 2018.  Program ini adalah bertujuan membantu golongan yang tidak bernasib baik bagi pengumpulan dana yang akan mempermudahkan persiapan infrastruktur bangunan penginapan para anak-anak yatim berkenaan selain dari menampung kos-kos perbelanjaan harian.

Hasil kutipan berjaya dikutip oleh para AJK dan penyelaras kutipan amal adalah sebanyak RM2805.00 dan acara penyerahan dana dilaksanakan pada 27 September 2018.  Selain itu juga, dengan adanya aktiviti sebegini para pelajar dan penasihat akademik serta pensyarah akan dapat memupuk dan meningkatkan rasa kebertanggungjawaban, sikap profesionalisme, menerap serta mengukuhkan kemahiran sosial, komunikasi, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan di kalangan mereka.

Program Tanggungjawab Sosial JP Yayasan Ar Riyaadah 2018all1

Program Tanggungjawab Sosial JP Yayasan Ar Riyaadah 2018all2

Program Tanggungjawab Sosial JP Yayasan Ar Riyaadah 2018all3

Program Tanggungjawab Sosial JP Yayasan Ar Riyaadah 2018all4