Menu
A- A A+

  W3C   w3c-maroonw3c-grayw3c-gray

Pilih Bahasa

TEAM BUILDING ADVENTURES COMMERCE CLUB

Team Building Adventures Commerce Club 20183

13 SEPTEMBER 2018 – Bertempat di Teluk Senangin, Perak telah berlangsungnya program Team Building Adventures Commerce Club selama tiga hari yang bertarikh 13-15 September 2018. Team Building Adventures Commerce Club ini bertujuan memupuk sifat kepimpinan dan semangat kerja berkumpulan dalam kalangan Exco dan Perintis Commerce Club. Melalui program ini, pelajar telah melakukan pelbagai aktiviti ke arah kepimpinan sesebuah organisasi. Di akhir sesi program ini, para peserta telah dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan di samping membina keyakinan diri yang tinggi. Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat memupuk kesefahaman dan semangat kerjasama dalam organisasi. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah mewujudkan jalinan mesra yang baik dan semangat kerja berkumpulan malah dapat meningkatkan kecemerlangan diri dalam organisasi. Secara keseluruhannya, program Team Building Adventures Commerce Club ini telah mencapai objektif yang dirancang dengan jayanya.

Team Building Adventures Commerce Club 2018all1

Team Building Adventures Commerce Club 2018all2